Bila handphone rosak.
Susah juga bila hp rosak. Bukan hp aku tapi hp Nabil. Minta dibelikan yg baru tp suami hanya mampu utk beli yg kurang dr RM300. Tg dipasaran byk juga hp yg dlm lingkungan harga tu.
Malangnya dia tak mahu sebaliknya nak yg lebih mahal dan lebih canggih. Buat sementara terpaksalah pinjam hp adik dia. Dia dah oder dr teman serumah dgn harga RM570. Suami byr RM300 dan yg selebihnya dia byr.
Bagi aku yg bekerja ni harga tu terlalu mahal. Ermmm bagi dia pula agak murah berbanding dipasaran harganya RM699 (tgk di Tesco semlm- harga promosi) Aku sebenarnya mmg tak puas hati sbb aku rasa sebagai pelajar tak sepatutnya membeli hp yg mahal. Lagipun nak buat apa dgn fungsi yg banyak tu. Cukuplah setakat boleh buat dan terima panggilan atau sms. Tak perlulah fungsi yg lain2.
Tp nak buat mcm mana kalau itu dah pilihannya. Sanggup meminjam hp adiknya buat sementara sehingga dia dpt kumpul duit utk beli hp tu.
Nabil..nabil.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home