ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, August 04, 2008

Bila suami buat blog

Suami tiba2 teruja nak buat blog. Walau dia pernah cuba nak buat tahun lalu tapi blognya tak dikemaskini gara2 terlupa username dan password dan diapun tak de mood nak tulis apa2. huhu

Tapi ntah macam mana kebelakangan nie minatnya utk menulis blog melonjak naik sama naik dgn harga minyak dunia.

Aku cuba membantu mencari semula blognya. Aku sendiri pun masih amatur, selama dua hari cuba mencari tak jumpa. Akhirnya di hari ketiga suami sendiri yang jumpa.

Terujanya dia utk sambung semula penulisannya. Terpaksalah aku mengajar suami cara2 nak tulis, edit dan masukkan gambar. Aku cakap dgn dia. susahnya nak ajar 'atuk' nie. Ialah dia pun selalu gelar aku nenek bila ada benda yg aku tak reti nak buat dgn tekno2 yg baru.

Akhirnya 'terkemaskinilah' blognya http://naimatsukri.blogspot.com/

Layannn.........

2 Comments:

At 3:40 PM , Blogger InaOK said...

Salam,

Boleh promote kat yahoogroups for business
for eg. like peluangniaga@yahoogroups.com

 
At 9:58 PM , Blogger ieda said...

thanks Alin 4 d info. Nnt suruh hubby post kat situ

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home