Harimau, Buaya ataupun Naga?


Kerap kali kita mengharapkan perkara yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ini. tak kiralah apa saja termasuklah bos2 kita. Apatah lagi kalau bos yg ada taklah sebagaimana yang kita harapkan.
Dan bila tiba bos kita berhenti atau bersara pasti kita akan rasa seronok sangat sebab orang yang kita tak suka itu akhirnya pergi meninggalkan kita. Tiada air mata yang mengiringi pemergian mereka ini sebaliknya tepuk tangan dan sorak sorai yang diterima.
Kita menunggu dengan penuh debar bakal penggantinya. Siapa kah dia? Bagaimana caranya, apakah lebih baik dari yang dahulu? Akhirnya yang ditunggu tiba. Kita semua merasa teruja apa tah lagi yang datang ini muda belia, berwibawa (kata oranglah), berkarisma, mudah mesra, tampan dan segak bergaya.
Waaa.............pasti seronok mendapat bos yang begini. Masing2 bersemangat untuk bekerja, mendapat sesuatu yang baru, motibasi bagi semua. haha mmg basipun.
Seminggu, dua minggu, sebulan dua bulan akhirnya terserlah peribadi yang sebenar. Oh tidakkk..............ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, bahkan bukan setakat hujan tapi diikuti dengan puting beliung sekali. Cuma tsunami saja yang belum melanda.
Oh betullah kata orang lari dari mulut harimau termasuklah pula ke mulut buaya atau apakah kami semua dah termasuk ke mulut naga.
Wallah hualam hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home