ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, August 30, 2008

Dajal

Pagi semalam surau ditempat kerjaku mengadakan bacaan yasin sempena menyambut hari Ramadhan serta bagi menghindarkan masalah2 yg berlaku dalam pejabat kami sejak kebelakangan ini.

Bagi ku walau apa orang nak buat sebagai orang Islam kita balik semula kepada agama. Minta tolong dari ALLAH kerana manusia hanya boleh merancang hanya ALLAH yang akan menentukan. Aku menjangkakan solat hajat juga diadakan tapi nampaknya masa tidak mengizinkan.

Selepas itu ceramah agama bertajuk "Dajal' yang disampaikan oleh Ustad Sahrudin Shamsudin dari KUIS diadakan. Ustad ini mmg sedang membuat kajian tentang dajal (dan akan dibukukan tidak lama lagi) dimana dia mengatakan bahawa terdapat 30 dajal kecil yg keluar sebelum dajal besar (yg akan ditentang oleh Nabi Isa a.s dan juga Imam Mahadi) pula keluar di akhir zaman.

Ada bbrp tanda dajal2 ni berdasarkan hadis2 Rasulullah saw. Dan dari kajian ustad ini Sai Baba yang berasal dari India merupakan salah seorang dari dajal2 yg 30 ini berdasarkan ciri2 yg terdapat pada Sai baba. wallahu a'lam.

Aku pernah baca kisah Sai Baba di dalam akhbar dimana setiap kali dia berada di sini pasti orang ramai akan dijemput utk menghadiri ceramah/seminar yang diberikannya. Mengikut ustad SB ni berjalan dari satu tempat ke satu tempat tanpa memerlukan kenderaan. Kalau tgk wajahnya mmg tak nampak tua walau dilahirkan dalam tahun 1926.

Mendengar cerita Dajal mmg menakutkan dan aku berdoa agar keturunan ku nanti tidak menempuh akhir zaman yang begitu banyak pancarobanya. Menurut Ustad tu lagi diakhir zaman nanti hanya terdapat 12000 lelaki Islam dan 7000 perempuan Islam dari berbilion manusia masa tu. Hanya orang yg terpilih sahaja yang akan kekal menjadi Islam.

Takutnya................

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home