ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, August 30, 2008

Belanjawan - Bajet(?)

Semalam PM membacakan bajet (aku hairan mengapalah digunakan perkataan bajet sedangkan dalam BM ada belanjawan) negara. Mendengar separuh di pejabat tanpa ada apa2 yang menarik.

Sampai di rumah, anak2 teruja bertanya 'Ma, dapat bonus tak?' 'Ntah, mama tak tengok tvlah. Kamu semua tak tahu ke?' 'Taklah ma........., sbb hari tu mama kata tak de bonus jadi malaslah nak tgk' 'la.........lepas ngpa tanya' 'he..he..' mereka tersengih.

Bertanya pula pada suami, 'PM declare bonus tak?' 'Ada, sebulan.' 'Emm.......'suami ku ni kadang2 cakapnya tak boleh dipercayai, selalu main2.

Sambil menunggu maghrib suami melayari dan terus memanggil ku menunjukkan isi kandungan belanjawan tu. 'waa.............seronoknya bila tgk kerajaan bayar 1 bulan bonus. Alhamdulillah.

Anak2 terus teruja dan masing2 mula meminta dibelikan itu dan ini. 'Wei............apa nie, duit pun tak dapat lagi dan minta macam2' kata ku. 'bolehlah maaa................ Nak tambah baju rayalah ma' pujuk mereka sambil peluk2 dan merengek2. ish..ish......apa2 jelah .......

Alhamdulillah sekurang2 mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah menyambut raya. Tahun ni bolehlah aku lebihkan persiapan menyambut raya kerana ada duit lebih.

p/s pasti bila balik bekerja nanti ada saja yg bertanya' bila eh bayar bonus?' erm...itulah kalau kakitangan kerajaan dapat bonus yg walaupun hanya sebulan saja, satu dunia tahu dan mulalah ada yg minta belanja, sedangkan kakitangan swasta yg mendapat bonus 4-5 bulan tu (seperti seorang sahabat tu) senyap je............

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home