Bila Nysrah Kata Tak Mahu
BNKTM adalah nukilan Aidil Khalid terbitan Jemari Seni yang baru saja habis ku baca. Novel yg mempunyai 427 ms ini menceritakan kisah serta pengalaman hidup Nysrah seorang pelajar sains berasrama penuh di Bahau N9.
Ia sebuah kisah yg menyayat hati bagaimana seorang pelajar yg naive akhirnya rosak gara2 pihak sekolah yg tidak bertanggung jawab dan lepas tangan terhadap pelajarnya sendiri dimana pelajar dibiarkan balik sendiri ke asrama walaupun waktu itu jam baru pukul 5.00 pagi.
Menceritakan traumanya dia yg terpaksa menghadapi berbagai masalah dan dugaan sepanjang ketika dalam perjalanan balik ke asrama. Cerita ini amat menarik dan memberi peringatan kepada ibu bapa agar tidak membiarkan anak2 balik ke asrama bersendirian diwaktu malam atau awal pagi. Banyak perkara yg boleh terjadi dan tak mustahil akan mengakibatkan masa depan pelajar itu sendiri.
Bacalah kisah ini agar sama2 kita dpt mengambil iktibar darinya. Aku tak pasti samada ini kisah benar atau tidak tapi nampak gaya seperti kisah benar. Kasihan Nysrah........

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home