Macam2
Lamanya tak menjenguk blog ni, hampir 3 minggu. Sibuk sangat, hari ni baru ada masa nak mengupdate blog ku ini.
Hari ini masuk hari yg ke 22 umat Islam berpuasa. Hari yg sepatutnya kita perbanyakkan amal ibadat. Ialah ini hari ke 10 terakhir Ramadhan.
Selama 22 hari berpuasa macam2 yg aku lalui. Sibuk mmg lah terlalu sibuk. Malam langsung tak de masa sementara hujung minggu pula aku sibuk dgn aktiviti membuat kukis. Dah 4 jenis yag ku buat, 2 telah ku hantar ke kampung. Niat dihati mmg nak bagi kat mak byk2 tapi malangnya kudrat ku tak seberapa. Tak ada yg nak menolong aku di dapur.
Sabtu lepas aku sempat balik ke kampung. Ialah hampir 3 minggu berpuasa baru berkesempatan berpuasa dgn mak dan ayah. Nak kata kampung ku jauh, taklah sejauh mana. Kalau tak jam tu tak sempat nak terlena dah sampai. Tapi disebabkan bak kata adik ipar ku, kalau along tak de nanti tak de sapa nak azan kat masjid, maka aku tak dpt balik lebih awal.
Itu pun aku hanya balik utk berbuka sahaja sbb hari minggu tu aku nak buat choc chip. Feberet ahli keluarga.
Cuma aku agak terkilan dgn adik lelaki ku, walau duduk tak jauh dari rumah mak tapi tak pernah sekali pun dia nak berbuka dgn mak. Kadang2 aku tak tahu samada aku jadi kasihan dekat mak, adik atau adik ipar ku.
Aku pun tak tahu apa masalah sebenar mereka, ialah tak mahu berbuka di rumah mak. Aku tahulah mak mertua adik ada bersama, tapi tak bolehkah sesekali dihujung minggu itu berbuka kat rumah mak. Lagipun rumah abang ipar adik ku itu pun di kawasan perumahan yang sama takkan tak boleh tumpangkan mak dia kat rumah abang dia.
Nasib baiklah mak aku tu bukan jenis mak mertua zaman P. Ramlee, kalau tak dah lama tak bertegur sapa. Bagi mak yang penting rumah tangga mereka bahagia, tak datang rumah pun tak pe. Tapi aku masih tak puas hati, apa tah lagi dah berbelas tahun berkahwin tak pernah sekali pun beraya kat rumah mak. Nak kata rumah mak tu teratak buruk, taklah juga........tapi ntahlah, agaknya begitulah perangan org2 JB memandang org lain lebih rendah dari mereka. (Berdasarkan setiap kali bercerita dgn kam)
Hehe buat dosa je aku ni, nantilah raya nanti nak minta maaflah, tak kisahlah walau pun masa tu mukanya masam kalahkan buah kedondong tak cukup masak sbb adik ku balik semula lebih awal dari sepatutnya (macam setiap tahun yg berlaku).
Tahun ni pulak mak nak buat jamuan raya hari sabtu sedangkan dia, aku pasti nak balik hari ahad tu. Kasihan adik ku...........Kasihan Mak ku...........Tapi bak kata ayah, itu pilihanya, doa sajalah semuga satu hari nanti terbuka pintu hatinya utk beraya di rumah mak. Buat adik ipar ku renung2lah kehidupan ini. Kita bukan hidup utk hari ini, Insyaalllah untuk 20,30 tahun lagi. jadi fikir2kanlah

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home