Corat coret Raya
Rasa mcm nak tulis panjang2 tp malas pulak. Suami tak de kat rumah, semalam ke Wakaf Baru,Kelantan, prg merisik, meminang or bertunang (tak pasti mana satu) utk anak buah)
Jadilah aku keseorangan.
Nak sambung sikit raya's eve. Malam tu lepas berbuka, kami semua 'bersilat' utk menyiapkan juadah bagi org kampung yg datang bertakbir lepas solat isyak. Bukan ramai pun tak sampai 30 orang, ialah grup ni cuma ada dalam sepuluh buah rumah je. Rumah kami yg pertama.
Jam 9 mlm mereka pun sampai. Selepas bertakbir, makan2 mereka ke rumah Elly kat belakang. Suami pada mulanya hanya nak ikut ke rumah Elly sahaja akhirnya mengikut jugak yg lain2 ke rumah jiran. Walau bagaimanapun dia balik lebih kurang jam 11 mlm dan tak ikut prg ke rumah yg agak jauh. Dgr adik ipar kata lebih dari jam 12 tgh malam baru balik.
Esok sarapan, prg solat raya, salam2 dan dpt duit raya. Kebetulan tahun ni ayah dan mak dapat rezki lebih so bukan setakat cucu2 je yg dpt duit raya, anak dan menantu pun dapat. Waa.........terima kasih ayah, mak semuga tahun hadapan rezki bertambah dan duit raya pun dapat lebih.......hehe.AMIN. bertuah punya anak.
Lepas tu makan2 lagi. Hampir jam 11 pagi kami (berkonvoi 4 kereta) mula bertolak ke rumah wancik, mak saudara ayah yg duduk dekat2 situ jugak. Nilah satu2nya mak sedara dia yg masih ada.
Lepas tu kami ke rumah mak long chot pulak. Dari dulu hingga kini aku masih tertanya2 mengapa chot sbb namanya zaleha, nak kata kechot, dia ni tinggi dan taklah kurus sgt. Abang Nai dan Abang Jalal, anak mak long chot merangkap 2 pupu kami (mak long chot ni sepupu ayah, mak dia dan bapak ayah adik beradik) ada sekali. Dah bertahun2 rasanya kami tak berjumpa. Dah beruban masing2. (mcmlah aku ni muda lagi!)
Lepas tu kami ke rumah Pak Itam, yang berada di Kg Hj Abdullah Hukum, Bangsar. Kesian sbb inilah satu2nya rumah yang masih berpenghuni di situ. Yang lain2 semua dah pindah. Disebabkan bibik (mak saudara bukan bibik Indon, tak pasti juga mengapa panggil bibik sbb kami ni bukan org Jawa pun) dah pack semua barang2 utk pindah tak dptlah nak tgk balang2 kuih muihnya yg cantik2.
Lepas tu kami ke rumah Mok yah/abg Usop kat apt AH. Masa sampai mereka sedang bergambar, kebetulanlah pula, maka jadilah Elly camerawoman sekejap. Masa tu Kak Long yg duduk dgn Rudi kat tingkat atas pun ada sekali. Kak Long ni anak mok yah kakak kpd abang yusop.
Lepas tu ke rumah Rudi sekejap shj sbb dah nak masuk waktu zuhur. Balik singgah ke rumah mak cik bedah (kakak mak) tinggal berdekatan dgn rumah mak, sekampung dgn kami. Tak sampai 5 minit kami di situ, keluarga aruah pak utih deraman pulak dtg.
Makan2 sekejap dan kami pun balik lebih kurang jam 2 ptg. Lepas solat zuhur semua org tidor, tinggal aku saja yg dok tunggu mana tahu ada org datang.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home