SolatTerawih
Aku mula belajar solat terawih ni semasa aku tinggal dgn sepupu ku. Kebetulan rumah kami sebelah surau sahaja jadi mudahlah utk ku menunaikan solat tu. Mmg malu, ialah hampir umur 20 tahun baru nak solat terawih, banyak kali juga aku tersenggut2 kerana mengantuk yg amat sangat.
Semasa kecil aku mmg tak pernah ke masjid/surau bahkan mak ku juga sbb rumah kami mmg jauh dari masjid/surau. Oleh itu kami mmg tak pernah ke sana, ialah zaman2 70'an mmg perempuan payah nak jumpa kat masjid/surau.
Semasa anak ku kecil2 pun aku tidak menunaikan solat terawih dimasjid/surau, cuma di rumah sahaja kerana masa tu anak2 ku ibarat susun paku seramai 4 org, mmg tak boleh kontrol langsung.
Alhamdulillah sekarang semua sudah dewasa dan aku dapat menunaikan solat terawih dgn tenang dan mudah. Cuma kalau boleh aku teringin nak ikut qiamullai di masjid sebelah rumah tapi disebabkan aku perlu menyediakan juadah bersahur terpaksalah aku pendamkan sahaja niat ku itu.
Aku teringat minggu lepas ketika aku sedang rukuk, aku terasa ada yg 'menyondol' bontot ku. Eh takkan org belakang sampai ke depan. Bila aku bangun aku terasa ada benda kat kaki ku. Ish apa benda nie. Ketika aku sujud, tiba2 terasa ada yg memelukku, ah sudah, siapalah yg tak sabar melepaskan rindu dendamnya kat aku.
Aku terpaksa sujud agak lama, sbb yg memelukku enggan melepaskan aku. Akhirnya aku duduk juga dgn berhati2 apa bila aku perasan spt ada yg menarik makhluk yg memelukku. Erat sungguh pelukannya. Akhirnya bila habis solat baru aku perasan rupa2nya seorang kanak2 yg berumur setahun setengah atau dua tahun sedang berlari kat belakangku. Aduhai nasib baiklah kakaknya menarik baby tu, kalau tak ada yg aku sujud sampai rakaat yg ke 20. Ntah manalah mak dia.........(bila aku perhatikan yg solat dibelakng ku semuanya muda belia. Eh anak sape ni ye)

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home