ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Monday, October 06, 2008

Pra Raya

Raya tahun ni aku bercuti begitu lama sekali. Dari 25/9 sehingga 6/10. Hampir 12 hari. Kalah orang yg jauh kampungnya. Apa yang aku buat?

25/9 tu suami ajak membeli belah. Waktu ni saja yg sempat sebab sebelum nie anak2 semua masih di kolej. Pagi2 lagi dah ke Salak Tinggi untuk mengambil baju yg ditempah dgn adik ipar. Bila dah siap tu baru perasan banyak juga baju2 yg ditempah oleh anak2 ku. Bilalah masanya mereka nak pakai nie sbb anak2 dara ku ini bukannya minat nak pakai baju kurung melainkan waktu raya atau kenduri sahaja.

Balik dari situ singgah sekejap ke rumah utk menghantar baju2 tu sebelum kami ke Kompleks PKNS pula. Nasib baiklah orang tak ramai, mungkin kerana waktu bekerja. Tiada yg menarik di situ jadi kami ke SAAC pula utk mencari baju melayu suami, nasib baik juga berjumpa sbb dah tak larat kaki ku ini berjalan mencari bajunya dari satu kedai ke satu kedai.

Mencari kasut Suha pula tapi sehingga semua kedai kasut di SAAC dan KPKNS diredah tak juga berjumpa. Pakai selipar lama jelah sbb aku dah tak larat. Ptg tu berbuka ala kadar sahaja.

26/9 tak kemana2 sbb hari Jumaat, sempatlah aku membuat cookies. rasanya ini kukis terakhir sbb aku nak buat kek pula. Nasib bqik ada Nasihah yg menolong jadi 2 jenis kukis tu sempat disiapkan sebelum 12 tgh hari.

Hari sabtu pula, pagi2 lagi aku dah buat kek. Dua jenis kek buah dan kek kukus coklat. Kek kukus coklat, satu utk mak dan satu lagi utk ipar kat Sepang. Kek buah satu utk mak dan satu utk rumah.

Setelah bbrp hari memujuk suami utk balik ke kg pada hari Sabtu tapi tidak berjaya akhirnya suami bersetuju utk balik hari Ahad. Hore.......akhirnya dapat balik kg awal. Kalau ikut rancangan dia, hari Isnin baru nak balik ke kampung.

Pagi2 lagi aku dah bersiap dan dalam jam 9 pagi kami pun bertolak, penuh kereta dgn beg2 sampai anak ku kata, ma kita ni nak balik sebulan ke? Suami bawa kereta agak perlahan sebab dia kata sekurang2nya ambil masa 45 minit utk sampai tapi tak sampai 30 minit dah samapi ke kampung. Anak2 merungut sbb mereka kata bkan mcm balik kampung je, org lain balik kg, keluar rumah jam 5 pagi sampai tengah hari. Nak buat mcm mana dah kampung sepelaung je. hah........kalau nak kampung jauh, bila nak kahwin tu tanya dulu pasangan asal mana. Kalau S'ngor reject, cari yg Johor, Perlis, Kelantan or Sabah, Sarawak. Tapi pandai pulak kata, ish tak nak lah, nanti kena spend ribu2 bila nak balik. Tau tak pe!

Sampai rumah, Yati sedang sibuk nak buat rendang tok yg baru saja dia belajar (tapi mmg sedap dan menjadi) Aku pula terus ambil daun kelapa utk buat ketupat. Selain mak dan ayah, akulah satu2nya yg mewarisi kemahiran ini. cewah...Kalau setakat ketupat sate dan bawang tu kira mmg boleh lah. lagi satu ketupat yg 4 segi tu, tapi tak tahu namanya. Aku suka buat ketupat bawang sbb nampak cantik dan senang dibuat cuma malangnya kali ni daun kelapa yg Yati beli pagi tu banyak yg rosak. Agaknya daun dah seminggu. Bukan itu shj daunnya juga agak pelik sbb besar dan pendik, mmg susah nak membuatnya.

Ingat kan dpt buat 100 tapi sbb banyak yg rosak, adalah dlm 50 - 60 biji shj yg aku dpt buat. Lepas siap aku pun masuk bilik utk rilex.........EOTD To Be Continue

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home