ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, October 07, 2008

Pra Raya 2

Pagi isnin aku tak tahu nak buat apa. Suami bercadang utk balik ke rumah alasannya nak bagi makan ikan tapi aku tahu alasan sebenarnya dia tak tahu nak buat apa kat rumah mak mertua. Itu yg kalau boleh hari Isnin baru nak balik kampung.

Setelah berfikir akhirnya aku mengambil keputusan utk buat cookies, ialah hr tu janji nak tolong diorang buat cookies. Maklumkan pada Yatie dan kami bersetuju utk buat biskut arab, sarang semut dan cornflakes madu. Telefon Ami dan Ika yg beria2 nak buat cookies nie tapi masing2 rupanya sedang tidur.

Keluarkan bahan2 dan mulakan operasi. Dah buat satu adunan biskut arab baru perasan minyak sapi tak cukup utk buat adunan ke dua. (cari kat rumah Dik Lie tapi baru perasan yg minyak sapi yg dok duduk kat fridge dia tu dah expire since 2006. Hush budak nie................) Coklat rice pula tak de nak buat sarang semut dan butter tinggal cenonet nak buat cornflake madu. Terpaksalah Yatie berlari dgn Ami mencari bahan2 tersebut sementara Ika dam Mira (anak Yatie yg baru berusia 10 tahun, teruja dia nak menolong) membantu aku menggolek2kan doh biskut arab utk dptkan bentuk bulat.

Bila Yatie balik dan sambung semula buat cookies perasan paper cup pulak tak cukup. Lagi sekalilah Yatie kena bergegas ke kedai utk mencari paper cup. Nasib baik ada jual tu pun tak dpt yg cun, yg biasa je.

Akhirnya kami siap menyediakan cookies itu tgh hari, 2 balang biskut arab, sebalang besar sarang semut dan cornflakes madu. Seronok dapat bergotong royong buat cookies. Dah lama rasanya kami tak buat biskut nie ramai2.

Malamnya kami buat majlis berbuka puasa semua ada melainkan Dik Teh. Seronoknya dapat berbuka beramai2 dgn anak2 saudara dan adik beradik.

Esoknya pagi2 lagi kami dah mula buat ketupat, rendang daging, ayam masak merah, masak lodeh dan juga sambal tumis udang. Yatie pula terpaksa ke rumah mak mertua membantu apa yg patut jadi pagi2 lagi dia dah siapkan rendang toknya. Aku pula membantu setakat potong2 apa yg boleh dipotong dan menggoreng ayam. hehe...Ialah aku bukannya pandai masak terutama kalau dlm kuantiti yg banyak.


Ptg tu bila Yatie balik baru dia masak ayam, lodeh sementara mak pula masak udang sebelum tu. Bertuah betul kakak dia nie, masak pun tak reti.

Memandangkan dah tak de benda yg nak dibuat aku ajak suami ke JJ balakong. Bila sampai situ dlm jam 3 ptg, tak sangka ramainya org sampai tak de tempat nak parking akhirnya kami terus keluar dan menuju tak tahu kemana.......hehe kampung sendiri pun boleh sesat. Keluar2 tgk dah sampai kat rumah, tapi anak2 bising nak berjalan lagi. Tak puas kata mereka.

Akhirnya suami jalan terus ke kajang, nampak tesco, masuk sama juga tak de parking. erm.........petang2 rayapun masih ramai yg bershopping. Akhirnya kami balik rumah singgah di bandar tun hussein onn dan beli kuih muih kat situ.

Malamnya kami berbuka dgn apa yg kami masak. Seronoknya esok raya...........

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home