ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, November 01, 2008

Minggu yg berlalu

18/10/08 (18/10/1429) Sabtu

Ingatkan nak balik Sepang dan tidur di sana tapi air tak de. So cancell plan.

19/10/08 (19/10/1429) Ahad

Pagi2 dah bertolak ke Sepang. janji dgn mak nak ambil sate. Mak ode utk jamuan makan khas kawan2 mengaji. Singgah rumah Janna sekejap. Angah dari Kota Tinggi ada, siap2 nak balik semula ke KT. Ni gara2 tak de air tetamu terpaksalah balik awal.
Lepas tu ke rumah Andak utk ambil sate dan balik terus ke Kajang.
Sampai Kajang hampir jam 12.00, Nor ode laksa utk kawan2 mak.

Tak lama lepas tu mereka mula sampai. Oh ada Ustad Badrul Amin rupanya bersama isteri dan geng2 mengaji mak. Pertama kali tgk Ustad secara dekat sempat mengambil gambar mak, ayah bersama ustad. Teringin jugak bergambar tapi terasa malulah pulak.

Lepas Asar kami balik ke SA.

20/10/08 (20/10/1429) Isnin
Aku bercuti hari ni, ada temujanji dgn Dr di PPUM. Aku prg dgn Nasihah dihantar suami. Kami dah janji nak ke KL. Aku doa supaya cepatlah Dr datang, ialah selalunya hampir jam 10 pagi baru Dr tu kelihatan.

Aku betul2 terperanjat jam 8.45, Dr tu dah sampai, sehinggakan no pertama dipanggil tak de sambutan. Pasti pesakitnya minum dulu ialah ingatkan Dr lambat lagi. Aku org ke tiga so by 9.00 pagi dah habis.(Itulah selalunya tunggu berjam2, jumpa Dr tak sampai 5 minit) Sempat aku bertanya Dr mengapa awal sangat sampai Dr pun ketawa. Oh rupanya Dr tu kena bagi 'talk' kat satu seminar. Erm patutlah awal.

Walau apapun aku bersyukur doaku dimakbulkan. Kalau tak pasti lambat aku ke KL. Selepas naik teksi hingga ke stesen LRT Uni, kami terus naik LRT ke Masjid India. Bila sampai situ lagi sekali aku sesat tak pasti nak tuju ke mana. Ialah stesen tu sendiri aku tak pasti kat mana.

Yg sebenarnya Nasihah mencari kain utk dibuat baju, kain dia tak jumpa, baju aku pulak yang ku beli dua. Tapi memandangkan mmg murah harganya, aku tak lepas peluang membelinya. Tak payah nak tunggu jahit dan boleh pakai terus.

Seperti biasa kalau ke Jalan TAR tak menyinggah di kedai buku mmg tak sah. Sempatlah membeli 4 buah buku antaranya buku bertajuk Aisyah yg dijual secara offer, RM19.90 shj.

Kami sampai rumah jam 1 tgh hari. Kalau Dr tu lambat pasti pukul 3 pun blm tentu boleh balik.

Oh ye semasa aku lalu kat Kamdar ternampaklah seekor tikus (sebesar anak kucing) sedang bermain kejar2 dgn beberapa ekor merpati yg sedang mencari makanan. Cakap kat Nasihah "Pakkal mama tak bawa kemera, kalau tak mmg dah snap gambar tu" "mama ni ntah apa2lah"


22/1-24/10 - kerja dan aku melalui hari2 itu yg membosankan. Sepatutnya hari Jumaat ada ceramah agama tapi ditunda sbb ustad sibuk dgn opis terbuka (itu aku yg cakap)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home