REUNION
Reunion
Tanggal 30 November 2008 (eh mcm lagu Sudirmanlah pulak) bekas pelajar2 DIA ITM 1980-1983 telah mengadakan perjumpaan semula selepas 25 tahun meninggalkan kampus ITM Shah Alam. Ini merupakan kali ke 3 perjumpaan diadakan dan ke dua bagi ku. Kali ini perjumpaan diadakan di Legend Hotel KL. Hampir 50 orang yang hadir.
Ramai yang kuingat rupa tapi tak ingat nama, ada yang namanya terpahat dalam minda tapi tidak wajahnya. Kebanyakan mereka bukanlah kenalan rapat ku, ada yang tidak pernah bertegur sapa pun semasa di ITM dulu tapi bila sesekali berjumpa kami seakan mesra pula.
Aku sampai agak awal, berlegar2 di The Mall , jam 12 aku melangkahkan kaki ke lantai hotel. Terserempak dgn seseorang yg memakai baju ungu, tema kali ini. Wajahnya macam pernah dilihat, aku yg berlalu pergi terus membelok semula dan menegur.......Reunion?
Memang tak salah lagi, jadi org pertama aku jumpa Zilhuda........mcm pernah dgr nama tu. (Lama kemudian baru aku teringat balik wajahnya semasa dulu2). Kami menunggu ........(lupa pulak sapa) bila kami ditegur oleh seorang lelaki (nak panggil jejaka dah pakcik2 dah) dan masing2 terus meneka siapakah gerangan lelaki ini sampailah kami ke tingkat 9, masih lagi tidak dapat mengingatinya walau pun dia kenal kami cuma tak ingat nama.
Sampai di atas jumpa lagi bbrp orang dan apabila teringatkan siapa, masing2 menjerit dan bersorak seakan anak remaja yang teruja. Lucu juga mengenangkan makcik2 ni terjerit sambil peluk2 bila berjumpa teman2 lama yg terpaksa teka dulu siapakah mereka. (ini kes nak padankan nama dan wajah, ialah semuanya dah kembang samada di tepi atau dihadapan)
Antara yg ada, Arbayah, Saadiah, Mimi (Datin), Aini Ahmad, Rahah, Sarah (Datin, yg dtg jauh dari Kuantan), Dely, Nicky, Mas, Acai (x roomate), Mar, Ijan (Ni 3 kawan baik), Zohorin, Aminah, Lela Baba,
Yang lelaki pula, Azam & Zahudi (Datuk -dulu kedua2 ni kami panggil pakcik sbb mereka ni dr ATM dan mmg dah senior dr kami. Dari bbrp org yg sama2 belajar, 3 dah meninggal dunia. Innalillah), Yaid, dan ramai lag yg aku tak kenal.
Dalam majlis tu sambil makan2 diadakan juga lucky draw serta sessib imbas kembali.
Majlis selesai pukul 5 ptg.
Untuk gambar yang keluar di akhbar Sinar lewati
http://www.facebook.com/profile.php?id=654733375&ref=name#/group.php?gid=38726977612&ref=mf

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home