ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, December 06, 2008

Coretan

Menantu Pilihan

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu soalan.

Nazmi: Ma........macamana menantu pilihan mama
Aku: Hah............(tersentak sekejap dan otak terus tidak berfungsi)
Mestilah yang solehah
Nazmi : Lagi??? Takkan itu je
Aku : Kalau dah soleha tu lengkaplah semuanya.
Nazmi: Ini Mi punya presentation utk Englis, "My Dream Wife" tajuknya.

Tiba-tiba ada suara lain menyampuk

Suami: ooo kalau ayah, nak yang cantik, kurus, sexy........

Aku ??????


Bread Puding

Satu hari aku teringin sangat nak makan bread puding. Terasa2 kat tekak ni keenakan, kelembutan, kelemakan bread puding tu. Ish tak boleh jadi ni.

Esoknya jam 4 pagi bangun semata2 nak buat bread puding. Resipi Kak Ray (MTM). Bayangkan semerbak baunya diwaktu pagi yang dingin memang menggoda aku. Bila masak aku keluarkan dari oven. Ntah macam mana aku tersilap pegang, tidak semena2 loyang yang ditangan ku melayang terbang dan terus landing di atas lantai.

Nasib baik ia tak terbalik, tapi kesan hentakan yang kuat menyebabkan sebahagian besar dari puding tu dah tersadai di atas lantai. waa...........nak nangis rasanya melihat puding yang semerbak baunya dan masih panas tu melepek kat atas simen.

Alhamdulillah masih ada sebahagian lagi yang boleh ku santap. Mungkin bukan rezki rakan2 ku sbb aku bercadang nak bawa ke ofis sedikit.


Raya Haji

Aidil Adha tahun ni disambut tanpa sebarang persediaan. Mak, Ayah dan seisi rumah(Yati & Family) berserta dgn Ami dan Nasuha telah berangkat ke China pada 1/12 dan hanya sampai ke rumah jam 2.15 pagi 7/12/08.

Borak2 akhirnya tidur jam 3.30 pagi. Bangun solat subuh tidur balik. Mak minta Ely tolong masakkan rendang ayam sementara kami cuma masak ketupat segera. Tak larat nak buat apa. (Macam lah aku yg pergi tapi mmg tak larat nak masak sorang2)

Esok pagi, hujan sepanjang pagi pergi solat di surau pondok. Balik solat ke rumah Ely untuk bersarapan. Alhamdulillah semua ada melainkan Ana sbb dia sibuk memasak di rumahnya.

Mak beruntung sebab semua anak2 duduk berdekatan melainkan Dik Teh dan aku.

Tgh hari tu kami beramai2 ke rumah Yus/Ana untuk makan tgh hari. Ana masak nasi beriani dan kami menolong sama apabila dia berseorangan menyediakan masakan tersebut.

Lepas makan balik rumah mak, solat zuhur dan kami berangkat ke Shah Alam sementara Dik Teh terus balik ke Ipoh dan hujan menemani kami sepanjang perjalanan.










0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home