Ayah
Mak bercerita, semasa di Hong Kong, mereka berpecah 2 kumpulan, kumpulan yg ingin ke Disneyland dan satu kumpulan lagi (kumpulan veteran) akan melawat masjid Kowloon. Mereka tak lama di situ hanya semalam sahaja setelah 2 malam di Guangzhao dan 2 malam di Shenzen.
Kumpulan pertama (yatie dan keluarga), Ami dan Nasuha (serta lain2 ahli rombongan) baru saja melepasi pihak imigresen dan menaiki tangga untuk menaiki tren ke Disneyland bila tiba2 ayah rebah. Ayah rebah ketika Ustad Rasyid menghulurkan pasport utk dicop.
Mak panik terus meraung 9itu cerita mak sbb yatie sekeluarga langsung tidak tahu menahu hal ini. Mak mmg panik sbb kata mak ayah dah putih mcm mayat. mak hanya boleh berdoa semuga ALLAH panjangkan umur ayah dan kalau apa2 berlaku biarlah anak2 ada bersama.
Dalam sekejap masa sahaja pihak polis, imigresen serta Dr telah berkerumun disekeliling ayah utk memberi bantuan. Ayah diberikan bantuan penapasan , mmg salute kat mereka sbb berikan bantuan dgn segera.
Tak lama ayah sedar dan ingin ke tandas. Mak menyorong ayah dgn kerusi roda dan ingin masuk ke tandas. Walau ditegah masuk tandas lelaki mak tetap berdegil (mak caka melayu dan org tu mcm faham je) sbb tak mahu tinggalkan ayah sorang2 dlm tandas.
Selepas tu ayah terus dibawa dgn ambulan ke hospital. Dalam hal ni mak mmg tabik kat mereka sbb bertindak pantas. Begitu juga dgn ahli rombongan yang lain. Masing2 yg ada tidak mahu memberitahu yatie sbb tak mahu mood bercuti mereka hilang dan bersama2 mak membantu menguruskan ayah.
Di hospital keadaan ayah bertambah baik. Alhamdulillah tiada masalah jantung cuma mungkin ayah penat dan pitam sbb tak sempat nak breakfast dan terpaksa turun naik tangga yg tinggi apabila nak masuk Hong Kong dr Shenzen.
Pada mulanya Dr ingin menahan ayah di hospital tp memandangkan ayah sudah sihat, mak minta untuk dibawa keluar. Begitu juga dgn ayah.
Berbanyak terima kasih pada pihak Imigresen dan Doktor di Hong Kong yang telah membantu ayah. Tidak ketinggalan pada Ustad Rasyid serta rakan2 rombongan (Darul Syifa) yg terpaksa menukar schedule dan sama2 menguruskan dan menunggu ayah di hospital Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.
p/s Aku agak terkejut bila sampai LCCT, ayah berkerusi roda. Mak cuma cakap ayah tak berapa sihat. Di rumah baru kami tahu bahawa ayah agak kritikal di sana., Alhamdulillah semuanya selamat..........Semuga Ayah yang akan menyambut hari lahir yang ke 76 bulan Mei nanti diberikan kesihatan yang baik sepanjang masa. AMIN.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home