Minahakani (?) vs pinky girl
Itu adalah nama dua kumpulan anak saudara dan anak2 ku. Yg pertama tu terdiri dr anak2 remaja sementara yg kedua tu pula baru nak mencecah remaja.
Kisahnya begini. Aku terdengar Mira menangis dan bertanya kpd Nasuha apa yg berlaku.
"Mira menangis sbb Mak Ngah gelarkan nama kumpulannya fur girl sedangkan namanya telah bertukar kpd pinky girl. Tujuan ditubuhkan pinky girl (ahlinya berumur diantara 8 - 12 tahun- 4 ke 5 ahlinya) adalah bagi melawan kumpulan Mihanakani (yg ahlinya terdiri dari 5 org berumur antara 17 - 23 tahun). Kumpulan ni dah lama ditubuhkan sejak mereka di sekolah menengah rendah lagi. Salah seorang ahli kumpulan Mihanakani telah terjumpa cebisan2 nota yg menceritakan ttg kumpulan pinky girl dan mengapa ia ditubuhkan.
Semasa masing2 dok berebut membaca nota inilah mak ngahnya perasan lalu tanpa usul periksa telah bertanya ttg kumpulan 'fur girl' sbb dulu mmg itu nama kumpulannya. Ini yg menyebabkan Mira (ketua kumpulan) menangis sbb mak ngahnya telah tersalah sebut nama kumpulan.
Ntah apa2lah budak2 ni.
p/s teringat masa aku kecik2 dulu juga ada kumpulan tp nama kumpulan ku 'stevie doo' mengambil nama siri kartun yg ada kat tv.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home