Ayah Lagi
Ayah lagi sekali di kejarkan ke hospital(16/12). Aku menerima telefon mengatakan ayah sgt tidak sihat dan Nor suruh aku balik. Kami sekeluarga balik lebih kurang jam 9.30 mlm tapi blm sempat sampai ke rumah Nor menalipon sekali lagi kali ni aku diarahkan ke HUKM kerana ayah telah pun dikejarkan ke sana atas arahan Dr.
Sampai di sana mak kelihatan sgt sedih sementara ayah pula telah dimasukkan ke dalam bilik rawatan. Kurang oksigen dan air menyebabkan ayah terlalu lemah dan tidak boleh bercakap. Tekanan darahnya juga amat rendah. Anak saudara yg masih lagi belajar dan mengambil jurusan medic telah menangis apabila memeriksa nadi ayah memandangkan denyutan nadinya amat rendah. Alahai bakal Dr menangis bila merawat pesakit, macam mana nie?
Setelah beberapa lama mendapatkan rawatan ayah dikatakan dalam keadaan stabil. Jam 11.30 pm kami bertolak balik setelah memastikan keadaan ayah adalah baik tanpa sempat bertemu ayah (kerana tidak dibenarkan pelawat masuk).
Walau jam telah menunjukkan hampir 12 mlm keadaan jln raya masih lagi sibuk seperti jam 8 mlm shj. Apa kah org2 kota ni tak tidur. Kenderaan bertali arus spt mengejar sesuatu dan sesekali terserempak dgn mereka yg berlagak seperti pemandu di Litar F1 Sepang menyebabkan aku kecut perut.
Hari Sabtu walau tiada rancangan utk balik kampung sebab suami ke Sepang kami balik juga. Keadaan ayah agak baik dan dah boleh berjalan dan bercerita. Ayah memang suka bercerita. Kami tidur semalam dan esoknya Dik Teh dr Ipoh pula sampai. Agak riuh rendah juga kami adik beradik dgn anak masing2.
Melihatkan keadaan ayah yg baik aku rasa bersyukur semuga ayah cepat sembuh. Kami balik semula ke SA lebih kurang jam 3 ptg.
p/s semalam aku dimaklumkan oleh Nor, ayah mengidap penyakit lain pula. walau belum dipastikan apa tapi aku harap ia bukan sesutu yg menakutkan dan membahayakan. Aku berdoa agar biarlah apa yg Dr lihat itu bukannya apa yg ia sangkakan. Semuga ayah cepat sembut. AMIN.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home