Cameron Highland
Hari Isnin 14/12 aku ke Cameron Highland. Pergi menemankan suami bukannya berjalan. Jadilah perjalanan ini sesuatu yg memenatkan.
Pukul 7.45 bertolak dr rumah hantar Nasihah ke stesen bas, dia nak balik semula ke Melaka. Lepas tu kami terus ke rumah sahabat suami ku untuk mengambil barang sebelum jam 8.45 bertolak ke CH bersama dgn Nasuha. Kami menggunakan jalan Tapah-CH dan singgah di Tapah utk brunch. Tak sempat nak sarapan dan memandangkan jam telahpun melewati pukul 11 kami terus mengambil makan tengah hari sekali.
Jalan ke CH agak baik dan tidak sibuk memandangkan hari tu hari Isnin. Walau bagimanapun bekas tanah runtuh kelihatan di sana sini. kami tidak singgah dimana-mana sebaliknya terus ke Royal Lily, Tanah Rata (lebih kurang jam 12.00 tgh hari) untuk melihat samada peserta kursus dari JAIS telah sampai atau belum.
Memandangkan peserta yg lebih kurang 48 org tu masih belum tiba, suami mengajak pula ke Brinchang, Hotel Star Regency untuk melihat penyedian bilik bagi peserta di sana pula. Peserta dibahagi kepada 2 kumpulan yg dtg berseorangan duduk di Star Regency sementara yg berkeluarga di Royal Lily (diuruskan oleh suami dan rakan kongsinya).
Agak jauh juga SR dan RL tp disebabkan JAIS lambat bagi confirmation, hotel berdekatan tidak dapat dicari. Semua dah penuh. Sebenarnya ada sebuah hotel kepunyaan Bumiputera yg terletak di Tanah Rata tapi disebabkan pihak JAIS confirm di saat2 terakhir, Star Regency sahaja yg mampu menampung peserta yg lebih kurang 48 org itu.
Pada mulanya aku dan Nasuha nak tinggal di Tanah Rata sambil melihat2 kawasan sekeliling tapi suami mengajak utk menemani dia jadi kami pun pergilah. Akhirnya berlakulah perjalanan ulang alik antara TR dan Brinchang. Memang memenatkan dan membosankan sebab masa dihabiskan di dalam kereta ulang alik atau pun menunggu di hotel.
Nasib baik juga hotel tu berdekatan dgn pasar malam jadi sempatlah aku singgah dan beli keledek goreng serta ubi getuk untuk alas perut (makan tgh hari).
Akhirnya semua peserta telah selamat sampai dan berehat di bilik masing2 dan kamipun terus berangkat untuk pulang. Jam telah pun menunjukkan lebih kurang pukul 5. Cuaca yg agak gelap menyebabkan suami mengambil keputusan utk balik menggunakan jalan Simpang Pulai. Agak jauh tapi lebih selamat.
Singgah sebentar utk solat sebelum meneruskan perjalanan. Kami mmg jarang berjalan malam kalau adapun antara kedai ke rumah ataupun ke rumah mak, tapi jalan2nya terang benderang. Menggunakan lebuhraya di malam yg gelap gelita memang menakutkan aku apa tah lagi hujan renyai2. Sepanjang perjalanan aku membaca ayat2 yg patut disamping cuba mencelikkan mata yg dah mengantuk ni bagi melayan suami berbicara. Takut pula dia yg mengantuk. Dia sendiri pun komplen sbb tak rasa selesa memandu di malam yg gelap dan penuh dgn lori2 yg besar.
Sampai ke rumah jam 9.30 malam, penat dan mengantuk. Esoknya aku ambil EL dah tak larat...........

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home