ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, December 31, 2008

Cameron Highlands 4. (Sejuknya.......)

Ptg tu hujan. Kami tak kemana. Hujan mmg agak lebat tp taklah lama. Air terasa begitu sejuk sekali spt air yg baru keluar dr peti sejuk. Bercinta betul kalau nak masuk bilik air. Walau ada air panas tp kesejukan setelah menggunakan air panas melebihi dr rasa panasnya.

Kabus kelihatan dimana2. Aku dan Yati teruja melihat kabus yg bergerak agak laju. Kami berlari ke depan dan belakang ingin melihat kabus tu dan masing2 (termasuk anak2) menjerit2 bila kabus menerpa ke dalam bilik. Memang teruja betul dapat merasai kesejukan kabus tersebut (Belum lagi rasa salji)

Kesejukan yg melampau (sengaja kami buka tingkap luas2) membuatkan perasaan yg panas pagi tadi turut juga menjadi sejuk. Sempat lagi kami keluar dan berjalan2 disekeliling apt menikmati kesejukan CH dan merasai titisan kabus yg membelai wajah. Sejuknya...........

p/s Yati sempat berkata tahun hadapan nak sewa seminggu dan duduk dalam bilik saja sambil menikmati kehijauan pokok2 dan kesejukan udara. kami bernasib baik sbb tempat penginapan ini dikelilingi oleh bukit2 dan pemandangannya agak menarik.

Perjlnan pagi agak membosankan sebab kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sekali lagi ketika menuju ke Brinchang. Kami hanya sempat ke taman Agro Mardi yg terletak di Tanah Rata. Ingin mencari rose garden yg pernah kami lawati suatu waktu dahulu utk mencari jem ros tapi sayangnya tidak ketemui. Suami berkata tempat tu tak wujud lagi tapi aku rasa tempat tu masih ada cuma kami tak ingat dimana.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home