ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, December 31, 2008

Cameron Highlands 2

Walau telah batalkan perhimpunan keluarga di Cameron Highlands dari 26/12-28/12, aku dan Yati masih tetap meneruskan percutian di sana. Ini kerana Nasihah begitu teringin ke sana setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki, sementara Yati pula ingin membawa anak2 saudaranya (anak Gee ).

Kami bertolak jam 8 pagi sementara Yati pula bila aku call jam 6.45 pagi telah pun berada di atas jalan raya. Biar betul budak ni, pagi2 lagi dah bertolak.

Perjalanan kali ini juga tanpa Nazmi yang ingin menyiapkan assignment dan juga projeknya. Lebih kurang jam 11 pagi kami singgah di R & R Tapah utk brunch. Sarapan dan juga makan tengah hari. Memandangkan cuaca yg baik suami mengambil keputusan utk menggunakan jalan Tapah- Tanah Rata. Perjalanan agak lancar tanpa ada sebarang tanah runtuh cuma terserempak dgn bekas tanah runtuh sahaja dan sesekali terserempak dgn bas atau pun lori yang agak perlahan.

Cuaca juga amat mendamaikan dan nyaman walau agak panas dan kami sampai lebih kurang jam 12.30 tgh hari. Kami terus masuk ke Apt di Royal Lily sementara Yati pula telah lama berada di Tanah Rata. Tidak bercadang kemana-mana kami menghabiskan masa di dalam bilik shj dan sebelah ptg baru keluar ke Tanah Rata.

Memandangkan kebanyakan tempat telah pernah kami pergi jadi kami tidaklah teruja sgt utk menerokai tempat2 tersebut. Apa tah lagi sekarang ni boleh dikatakan kebanyakan tempat perlu bayar utk masuk.

Bercadang utk ke Brincang bila kami terperangkap dgn kesesakan lalu lintas, jarak yg cuma 5km mengambil masa hampir 1/2 jam. Akhirnya suami mengambil keputusan utk patah balik ke Tanah Rata dan kali ni kami ikut jln pintas (yg hanya 1.8km shj dri TR ke Brinchang) melalui kampung Melayu (Taman Setia).

Kami singgah disalah satu gerai di situ utk makan tgh hari/minum petang. Kebetulan gerai makan tu berada betul2 dihadapan rumah kenalan yg pernah aku kunjungi rumahnya dalam tahun 80'an dulu. Malangnya teman tersebut telahpun berpindah ke tempat lain.

Selepas makan kami singgah di Agro Park Al-Mashoor dan juga Homestay yg berdekatan di situ. Di homestay tersebut sempat merasai aiskrim malaysia perasa fresh strawberry. Enaknya........sempat beli sampai 15 batang utk dibawa balik.

Kami balik ke bilik bila hujan rintik2 mula kelihatan. tapi nampaknya hujan yg turun hanya rintik2 shj. Utk makan malam bercadang utk masak tapi sbb malas kami hanya masak nasi dan beli lauk pauk di Tanah Rata. Kami juga membeli roti bantal yg enak dari kedai roti kepunyaan Bumiputera yg terletak di tingkat bawah Apt.

Roti segar yg dimakan dgn jem strawberry buatan CH dan juga mentega mmg enak sekali. Hampir 3 buku roti menjadi rebutan kami semua. (Lebih kurang 7 dewasa 4 kanak2)

Malam yg amat sejuk membuatkan kami malas nak keluar. Kepenatan membuatkan kami semua tidur cepat. Sejuknya.

p/s Akif (anak saudara Yati, umur 10 tahun) sibuk bertanya mengapa rumah ni tak de aircond. Malam pula walau org lain berselimut, berbaju tebal, dia selamba je dgn seluar pendik dan setiap kali ditarikkan selimut dia akan menolak semula mendedahkan kakinya tanpa merasa sejuk)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home