ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Wednesday, December 31, 2008

Cameron Highlands 3 (Panas hati)

Haha........pagi ni sungguh melucukan (bagi aku) tapi menyakitkan bagi Yatie. Aku mengambil apa yg berlaku sebagai part and parcel of life semntara Yati pula mengambilnya dgn serius.

Jam 7.15 pagi kami (aku, Yati dan Enez) berjalan ke pekan TR utk mecari sarapan pagi. Aku mengajak ke gerai yg bagi ku roti canainya agak enak. Kami memesan 3 roti utk makan dan 10 utk dibungkus. Servis agak lambat (kerana yg membungkus roti tu seorang makcik yg kadang-kala aku lihat mcm blurr je bila membaca pesanan. Kami duduk sebelah dgn makcik tu)

Agak lama menunggu, Enez menukar kpd nasi lemak dan aku mengingatkan makcik tu semula ttg pesanan kami. Setelah kami habis makan, yg dibungkus masih tidak kelihatan. Aku menjadi agak resah bila mendapati mereka yg dtg selepas kami telahpun diberikan roti canai tersebut. Bila ditanya makcik tu boleh berkata , "eh, ingatkan nak makan je"

Alahai makcik, yg makcik dok tgk ode berkali2 tu makcik baca apa. Bengang dgn tak kisah makcik tu kami pun terus batalkan pesanan. Yati pula ke kaunter nak bayar. Dia yg beratur tiba2 jadi 'panas' semacam bila org yg baru dtg terus menuju ke kaunter dan membuat bayaran (Org ni pula dtg mmg lewat dr kami tapi dah dapat roti bungkus yg dipesannya).

Yati 'sound' dgn pakcik kaunter mengapa org yg tak beratur boleh dilayan. Pakcik tu dgn selamba menjawa 'mana2 pun serupa". Yati bertambah bengan terus dia keluar barisan dan letakkan duit RM10 kat meja makcik yg menjaga roti canai tu.

Kalau aku rasanya taklah bertindak begitu, cuma mungkin aku akan tegur shj pakcik tu.

Insiden ini menyebabkan Yati hilang moodnya sehingga sampai ke bilik. Aku cakap kat dia jgn jadikan org lain penentu kehidupan kita. Kita marah2 kat org dan rasa tension dgn hilang mood sementara org itu perasan pun tidak. Tak perlulah nak marah2.

Tapi pagi tu mmg pagi yg malang bg kami sbb bila ke kedai yg lain, ingin memesan nasi lemak sambal nasi lemak pula dimasuki rama2 menyebabkan kami tukar ke nasi/mee goreng yg tak enak langsung. Suami yg memesan nasi dagang juga kempunan sbb menu tu dah tak disediakan lagi.

Kasihan juga melihatkan anak2 kebuluran bila hampir jam 9 pagi baru dpt minum pagi.

Apa2pun jgn biarkan orang lain men'spoil'kan keceriaan anda.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home