ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, January 10, 2009

Cerita seminggu

Cuti lagi?

Bercuti selama hampir 13 hari (termasuk 2 hr MC) menyebabkan aku malas nak keje. Serononya bercuti. Tapi itulah hari Ahad, aku diserang demam. Ingatkan biasa je, jadi aku ambil paracetamol dan ubat selsema mengharapkan siang Isnin aku akan kebah.

Malam tu aku tak boleh tidur. Tidur2 ayam kata orang. Akhirnya bila tiba waktu utk pergi kerja aku rasa tak larat sgt. Kepala pening, badan rasa sakit2 terutama kat peha, berdenyut2 rasanya. Badan ku terasa panas dan aku rasa sungguh tak selesa.

Memandangkan hari ni hari pertama persekolahan, suami hanya membawa aku ke klinik sekitar jam 8.30pagi utk mengelakkan jam. Sepanjang jln depan rumah ku penuh dgn kereta2 yg diparking di tepi jln sbb rumah aku ni berdekatan dgn tadika, sekolah rendah intergrasi dan sekolah menengah. Nasib baik tak keluar awal, kalau tidak pasti kami terperangkap dlm jam di depan rumah.

Memang aku demam, 101 C dan aku mendapat 2 hr MC. Cuti lagi...........tapi aku hanya terlantar di atas katil sepanjang masa. Pagi sampai ke malam.

Esoknya sekali lagi aku ke klinik utk pemeriksaan darah takut dijangkiti denggi. Semalamnya bila aku tanya pasal chikugunya, Dr berkata berkata, Semua org takut chikugunya. Denggi lagi bahaya"

Alhamdulillah keputusan darah yg diterima hampir jam 4 ptg menunjukkan aku negatif. Erm esok kena prg kerja.


Siapa punya.

Seminggu yg lalu aku ternampak beg plastik merah tersangkut di pintu pagar. "Nabil tlg tgk apa benda tu" "Manggalah mama" "Hish....siapa yg bagi nie?" "NTah tak de nota pun"

Bercerita pd suami dia suruh letak balik kat pagar. takut ada org tersalah ketak, ialah dah 21 tahun duduk di sini tak pernah lagi org tinggalkan apa2 barang melainkan brosur2 yg memenuhi peti surat kami. Takutlah juga kan................

Hampir 2 malam mangga tu berpanas dan berhujan bila jiran sebelah menugur ketika aku memberikan ikan makan. "Kak Yatie bagi mangga tu. Nak beritahu tapi tak sempat nak jumpa" Begitulah jiran ku memaklumkan. Jiran yg ada kalanya cuma sebulan sekali ternampak. Selalunya dia kat luar aku kat dalam dia kat dalam aku kat luar......Maka terbungkarlah misteri mangga tu.


Terlupa

10 Muharam 1430, aku teringin pulak nak puasa. walau badan tak berapa sihat tapi aku gagahi kan diri untuk berpuasa. Alhamdulillah walau hanya bersahur dgn secawan milo dan 2 keping roti aku tak rasa lapar.

Balik tu aku terus ke dapur. Ternampak mangga misteri yg telah tinggal separuh. Ish nampak sedap je. Lalu ku potong seulas dan masukkan ke dalam mulut. Sedapnya.......manis dan rasanya lain dari mangga yg biasa aku beli kat kedai. Ku potong lagi 2 hiris sebelum meneruskan kerja memasak bila aku teringin nak rasa lagi.

Setelah aku menghiris dan ingin nak masukkan mangga tu ke dalam mulut aku tiba2 teringat.........makkk........aku puasa!!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home