Akan Datang
Tahun baru menjelma lagi. Berselang seli Hijrah dan Masihi.
Aku merenung semula apa yg berlaku sepanjang tahun lalu. Ada yg gembira ada yg duka. Walau apa yg berlaku aku bersyukur pada ALLAH sebab masih memanjangkan umur aku dan dapat menerima dgn lapang hati apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku ini.
Aku lihat keluarga ku. Gembira dan bersyukur yang amat sangat kerana anak2 dan suami diberikan kesihatan yang baik. Tak boleh ku bayangkan kalau ALLAH menguji ku dgn ditimpa masalah kesihatan yg kronik. ALLAH maha mengetahui yg aku tak akan mampu menghadapi ujian yg begini.
Walau kami ada kalanya menghadapi masalah kewangan yg kadang2 membuatkan aku 'termenung' sekejap tapi aku tahu yg itu merupakan ujian dari ALLAH. Tidak akan tergolong dalam golongan orang yg beriman sekiranya aku tidak diuji oleh ALLAH dan aku tahu ALLAH maha mengetahu yg aku mampu utk menghadapi ujian itu.
Melihat tahun yg akan datang aku berdoa semoga ALLAH merahmati kami sekeluarga, menjadikan kami tergolong dalam org2 yg beriman, menjadikan anak2 ku lebih baik dari apa yg mereka ada sekarang, mempermudahkan kehidupan kami semua, memberi kesihatan yg baik sepanjang masa, memberi rezki yg halal dan diberkati.
Memasuki tahun baru bererti mendekati kematian. Tidak tahu berapa lama lagi kita semua akan hidup. Apakah boleh merasai tahun baru yg akan dtg.
Teringat tgh hari semalam bila Nabil bercerita. "Ma........kawan Nabil accident" Aku mahu saja bercakap, 'haa.itulah. Nabil kalau bawak motor jgn laju2" kerana aku pasti kemalangan motosikal. "Mak dan Ayah dia meninggal. Dgr abang dia pun meninggal"
Aku terkejut ingatkan kemalangan motosikal. "Bila accident?" "Tak tahulah Ma. Pg td kawan Nabil call. Dia kata kawan yg accident tu cedera parah" "Kat mana?" "Kat Perak, kata diorang tp tak tahu kat mana"
Pagi ni aku terbaca berita di akhbar. (Petikan Utusan Online)
Tiga beranak mati, seorang cedera kemalangan jalan raya
MANJUNG 31 Dis. - Tiga beranak terbunuh manakala seorang lagi mangsa cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Segari dekat sini awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Supritendan Shaharudin Abdullah berkata, mangsa yang terkorban ialah Mohd. Yusuf Samad, 52; isterinya, Rusni Ariff, 51, dan anak mereka, Mohd. Izzuddin Khair, 20, yang berasal dari Seksyen 18, Shah Alam.
Menurutnya, seorang lagi anak mangsa, Muhammad Hafizul Khair, 18, yang turut berada dalam kereta berkenaan hanya cedera ringan.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi di Kilometer 17, Jalan Damar Laut-Taiping Segari dekat sini.
"Ketika mangsa sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu Mohd. Izzuddin Khair telah bertembung dengan sebuah treler yang sarat dengan muatan gula," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Shaharudin berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Shah Alam ke sebuah negeri di utara untuk menghantar anak mangsa yang memandu kereta berkenaan ke sebuah kolej di situ.
Kata beliau, pasangan suami isteri berkenaan mati di tempat kejadian manakala Mohd. Izzuddin Khair meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HSM.
Katanya, Muhammad Hafizul Khair pula mengalami cedera ringan dan luka di beberapa bahagian termasuk muka, tangan dan bibir, kini ditempatkan di wad Hospital Seri Manjung (HSM) dekat sini.
Menurutnya, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan pemandu kereta Proton Wira yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Shaharudin berkata, mayat mangsa dituntut oleh ahli keluarga kira-kira pukul 11 pagi ini untuk dikebumikan di Shah Alam.
Menurutnya, pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Innalillah buat keluarga berkenaan. Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan buat anak2 yg tinggal agar mereka menghadapi dugaan ini dgn penuh tabah. Buat Hafizul Khair - ( mengikut berita di dalam akhbar BH dia cedera parah) supaya cepat sembuh. AMIN.
Kita tak tahu bila ajal kita dan kita perlu hargai setiap detik yg mendatang dgn rasa syukur kerana masih diberikan ALLAH masa utk menghirup udara yg segar. Buat saudara2 kita di Palestine semuga ALLAH melindungi mereka semua dan semua org ISLAM di dunia. AMIN.

1 Comments:
Sedih kalau baca kisah macam ni. Apalagi kalau yg tinggal tu cuma sebatang kara. Nak tinggal dgn siapa?
Hubby's nephew yg terlibat dgn accident whereby 3 meninggal & driver survived,
driver traumatised lama sbb rasa bersalah. Begitu jugak accident yg melibatkan my nephew, driver pun traumatised jugak sbb my nephew yg meninggal adalah kawan baik dia.
He was there masa kebumikan jenazah & selalu dtg masa khenduri tahlil. Kita tengok dia jadik kesian & risau .. takut pulak kalau dia jadik psiko sbb kami dah redha atas kejadian yg berlaku.
Semoga kawan Nabil tabah menghadapi dugaan.
Semenjak dua menjak ni, I mmg "bersedia" je menerima berita "buruk".
Mudah-mudahan dapat terus redha dgn ketentuan Allah swt., insyaAllah.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home