ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, April 18, 2009

RiNdUnYa

Ini adalah keadaan kebun sebelum di bersihkan

Masih lagi semak
Tingginya pokok...
Dah terang...........
Sedang bersiap utk menebas
Dalam perjalanan ke kebun.


Rindunya aku kat blog nie.....

Dah lama aku tak jenguk blog nie. Sibuk memanjang. Setiap hujung minggu ada saje aktiviti.

Sekarang ni pulak dua minggu sekali aku balik kampung membersihkan kebun ayah yang semak. Walau kebun dipinggiran bandar tp keadaannya mcm kat tengah hutan borneo pulak. Macam2 makhluk yg ada.

Pertama kali menebas setelah beberapa tahun tidak dikerjakan, anak saudara bertemu dengan makluk yang ghaib. Nasib baiklah dia sorang je yg nampak kalau tak alamatlah kami lari lintang pukang.

Minggu lepas kali ke 3 kami membersihkan kebun tersebut. Alhamdulillah sebahagian besarnya dan terang, tinggal lagi dihujung yang masih lagi penuh dgn pokok2 renek.

Bila dah terang tu rasa seronok pulak, ialah nampak hasilnya. Sekarang ni tunggu hasil dari pokok tu pulak. Kat situ ada macam2 pokok, duku, rambutan, langsat, durian dan binjai. Ada banyak juga pokok pisang dan ubi tapi semua pokok tu kami tebas sbb tak memberikan hasil.

Ermmm bilalah musim buah, tak sampar nak tunggu. Yang suspennya samada kami dapat rasa atau tak. Maklumlah tuannya ada ramai. Bila tiba musim buah tu, ntah dari manalah saudaramara kami datang. Ada yg dari Indon, Bangla, Myanmar, Nepal.........siap bawak pisau dan buntil lagi. Itu yg buat tuan tanah pun jadi takut.

Tapi apapun itu mungkin rezki mereka, sedekah jelah...........maa tahu buah2 tu menjadi lagi banyak.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home