9 Feb 2009
Erm.........lamanya tak jenguk blog nie. Nak update pun dah tak de mood. Block tarikh 9/2 konon2 nak update ulang tahun perkahwinan tapi tak sempat.
So what did I do on tt day? Dah sebulan dah, mcm tak ingat je. Yg ingat hari tu S'ngor cuti kebetulan hari Ahad tu public holiday so ganti cutinya hari Isnin.
Konon2 nak buat kek and celebratelah sikit tp malaslah pulak nak buat. At the end duduk rumah je. tak buat apa.
Actually 9/2/2009 genap aku menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke 23 tahun. Lama tu, tp mcm baru semalam je kami menikah. Teringat lagi hari tu jatuh hari Ahad bersamaan dgn sambutan tahun baru cina.
Pernikahan dan majlis perkahwinan pada hari yg sama. Tiada majlis sanding. Lepas nikah jam 10 pgi, lepas zuhur terus ke rumah lelaki. Lepas asar balik semula ke rumah perempuan. Malam tu jamuan pula utk saudara2 terdekat.
Kat rumah lelaki pun tak de sanding, just perkenalkan pengantin. Rengkas betul. Mmg aku nak majlis yg rengkas, nasib baik keluarga lelakipun tak kisah wakau aku menantu prpm yg pertama.
Setelah 23 tahun dan mempunyai anak2 yg hampir dewasa aku merasa sgt bersyukur dgn perkahwinan ini walau ada obstaclenya tapi biasalah alam perkahwinan, bumi mana yang tak ditimpa hujan, lidah lagikan tergigit dan macam2 lagilah.
Semuga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati hingga akhir hayat. AMIN
2/3/2009

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home