ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Saturday, August 22, 2009

Puasa

Hari ni hari pertama puasa - 1 Ramadhan bersamaan dengan 22 Ogos 2009, hari Sabtu. Ingat nak berbuka puasa di kampung tapi aduhai cik abang ku nie, malas betul dia nak balik kampung. Katanya nanti smeinggu sebeluma raya kita balik, berbuka puas-puas.

Macamlah aku nie tak bekerja, lainlah dia bila-bila masa nak bercuti tak de masalah.

Erm...aku ingat nak buat kek kukus coklat tengahari ni (tapi gas yang dipesan tak sampai2 takut sedang kukus gas habislah pulak) , ada orang dari KK yang mengidam kek nie. tadi ke kedai beli barang, nampaknya barang2 semua dah naik harga. Hari tu Nasihah kata nak buat projek jual choc chip, tapi susah jugak nak letak harga sebab barang2 dah mahal. Ada ke orang nak beli nanti.

Aku rasa tahun nie aku cuma nak buat satu jenis cookies je, nanti bila orang datang, aku buat kek je sambil jamu makanan yang laih. (is..ish..ish..puasa baru sehari dah cite pasal raya. Ermmm...ntah sempat ke tidak menyambut raya).

1 Comments:

At 2:49 PM , Blogger Domo said...

mak long..
rnduuu

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home