ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Tuesday, June 16, 2009

Cinta Tak Kenal Siapa

Lagu nie mmg aku minat betul sbb melodinya mmg melodi melayu asli dan indah utk didengar. Pertama kali dgr dah jatuh cinta, cuba mencari tajuk dan nama penyanyi, hampir sebulan baru ketemu.......ialah aku nie blur tang penyanyi dan lagu2 nie.

Yg nak aku cite adalah bersangkutan lagu nie sbb rupa2nya kat opis aku pun ada org dok mainkan lagu nie. (Itu yg aku curi2 tgk kat pc dia nak cari tajuk lagu nie).

Bila aku hayati senikata lagu tu baru aku tau kenapa mamat tu minat sgt dgn lagu nie. Ialah kat opis nie dia minat dgn satu minah nie, masalahnya minah nie tak de apa2 pun kat dia. Ialah minah nie pun dah umur setengah abad dah punya bbrp org cucu walau masih cun melecun dan mamat nie pulak tahun dpn bersara wajib kerajaan dan dah ada 5 menantu dan ramai cucu.

Tapi itulah org kata Cinta Tak Kenal Siapa...........huhu

p/s skrg ni tiap2 hr aku pasang lagu nie saje je nak buat mamat tu 'pening' kepala.....(dia ingat aku tak tahu kisah dia tu, rasanya ramai yg tahu walau dia cuba suruk)

1 Comments:

At 10:55 AM , Blogger InaOK said...

Salam,

Yes .. I pun suka lagu ni
Thanks for sharing with me kat FB &
sending me the mp3 version.
Terima kasih banyak-banyak.
Rasanya you tahu kenapa i suka lagu ni ... kan,kan,kan??? ;-)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home