ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Friday, May 29, 2009

Berjalan







Nasib baik aku dapat cuti percuma kalau tak leceh juga nak ambil cuti ketika audit sedang dijalankan. Dan bos ku yang baik hati juga memberi pelepasan awal bagi aku buat persiapan untuk bermusafir ke Kelantan. Banyak yang aku nak buat, ialah nak gosok baju (suami) lepas tu nak pack pula, nak buat hantarna lagi (ish2 mcm terror je)

Cerita pasal hantaran nie ialah aku sejak2 akhir nie teruja nak menyumbang untuk anak2 saudara ku. Hari tu dah bagi yang oder direct tapi kali ni aku nak buat sendiri. Aku ode loose coklat dan ingat nak cari kotak cantik dan isi. Rupanya bukan mudah nak cari kotak untuk coklat, akhirnya dengan bantuan suami (tiba2 pulak suami ku minat dalam hal2 begini) kami memilih kotak pizza dan bekas cupcake.


Jadi balik tu aku dan suami mula membega dan cuba menyusun bila perasan bekas cupcake tak cukup. Minta tolong Nazmi mencarinya nasib baik dia boleh agak apa yg aku nak. Setelah hampir setengah jam menyusun dan mengegam akhirnya berjayalah kami dengan prok tu. Walau aku tak puas hati sebab kotak tu warna putih dan nampak ‘plain’ tapi okaylah.


Pagi Jumaat jam 3 pagi aku dah bangun dan masak sedikit utk Nasuha yg tinggal. Lpas tu kejutkan suami dan Nabil. Janji bertolak jam 4.45 pagi utk ke Sepang. Walau pun awal pagi tapi banyak juga kenderaan disepanjang jalan. Agaknya diorang nie mmg tak tidur kot.

Sampai di Sepang lebih kurang jam 5.10pagi dan ramai yg ada sedang bersarapan. Ada kuih koci, roti arab, kek, teh dan kopi Macam makan sahorlah pulak. Lepas solat subuh dan menunggu lagi sorang ipar yg tak sampai lagi akhirnya kami bertolak jam 6.30pagi. 4 kereta semuanya.


Masalahnya kami tak tersalah jalan dan termasuk jalan yang jem. Jam 8.30 kami masih di KL……….haha itulah gara2 konon tahu jalan. Bila sampai di tol Gombak, org lain dah sampai di Bukit Tinggi. Akhirnya kami sampai di Bentung untuk bersarapan jam 10 kot.


Mungkin bukan hujung minggu perjalanan agak alncar, tak banyak kereta di atas jalan raya. Hajat dihati nak singgah beli buah salak yang ada dijual di tepi jalan tapi mungkin disebabkan hari Jumaat mereka tak berniaga. Aduh penat juga duduk dalam kereta lama2. Dah hampir 6 jam dan akmi masih tak sampai ke destinasi. Jam 1 tgh hari kami singgah pula di Gua Musang untuk makan tengah hari. Teringat pula kisah beberapa tahun yg lalu bila minyak kereta telah menunjjukkan “nil” dan kami tak jumpa petrol station. MMg menggelabah dibuatnya dan masing2 dalam kereta berdoa agar minyak yang ada cukup sebelum berjumpa dgn petrol station. Itulah gara2 bila nampak petrol station cakap tak pe kat atas tu ada lagi station.


Cuaca memang agak panas dan kami berhenti hampir 45 min untuk makan dan solat zuhur/asar. Ada peristiwa pulak di surau tu, pertama MIL SIL tersembam ketika nak mengambil wudhu. Selepas tu SIL pula tertinggal telekung di surau tu. Ish macam2lah pulak.


Kami sampai di KB lebih kurang jam 4.45 dan menunggu pihak perempuan untuk membawa kami ke rumah penginapan. Sebuah hostel di Wakaf Baru dn nama W.Z.Z Hostel. Ada 2 buah rumah (satu lelaki dan satu utk prpm) setiap satu ada 3 bilik dgn 15 katil. Harganya Cuma RM150 shj sebuah. Ermmm mmg murah. Rumah tu mmg agak besar utk kami yg seramai 17 org shj (7 prpm dan 10 lelaki).


Setela beehat sekejap aku ingat nak ajak suami keluar ttp suami ku malas, penat katanya. (walaupun bukan dia yg memandu) Boring betul, teringat pd CT yg duduk di Pasir Mas, jadi aku pun sms dia hanya utk kata hi2. Kemudian SIL mengajak aku ke Tesco utk mencari bbrp barang yg tiada. Semasa di Tesco CT menalipon dan kami ambil keputusan untuk jumpa. Akhirnya setelah hampir 26 tahun tidak berjumpa dan ‘lost contact’ akhirnya kami bertemu di Tesco KB. (baru sebulan dpt no tel dia). Seronoknya tidak terkata. Haha masing2 cuba membandingkan apa yg terbentang dimata nampak Ct tak berubah dr segi rupa mmg boleh dikenali.


Malam tu makan malam disediakan pihak pengantin perempuan, bayaknya mcm yg nakmakan tu satu bas. Tapi Alhamdulillah kenyanglah juga. Lagi sekali aku kebosanan sbb suami tak mahu kemana2. Tapi nasib baiklah juga da kerja iaitu mengemaskan barang2 hantaran yg sebanyak 11 dulang. Nasib baik pihak prpm tak mahu sireh junjung, kalau tak susah juga takut junjungnya menyembah bumi.


Paling mencabar bila cuba menyusun wang hantaran sebanyak 142 keping. Dimaklumkan pulak pihak prpm akan mengira duit2 tersebut. Ish susah jugak nak susun bagi nampak dan cantik sedangkan duit tu asyik nak lari je………..Aku pulak diberi tugas yg ‘berat’ tu. Naik lenguh kaki dan belakang ku membongkok nak menyusun duit tu. (ada pulak duit sekeping yg hilang) alahai……….


Malam tu lebih kurang jam 3 pagi tiba2 kipas di bilik ku berhenti. Alamak rosak ke, dah lah panas. Ish tak boleh tidurlah jawabnya. Aku terdengar suara org berbual2 di bilik ku bila tiba2 ada tangan yg sedang membuka tingkap disebelah ku. Aku mendiamkan diri bila langsir pula diselak. Aku terus mengeluarkan suara dan ‘makhluk’ diluar terus meminta maaf dan maklumkan yg mereka sedang memeriksa mengapa tiada bekalan letrik di rumah tu. Ooo baru kutahu bukan kipas ku yg rosak tetapi bekalan letrik terputus.


Aku pun membuka pintu memberi laluan kepada mereka utk memeriksa. Disuhnya kesana sini menggunakan hp tp tidak berjumpa. Eh cik cari apa ye? Tanya ku. Cari suis (dgn loghat Kelatenya0 ………ooo… cuba cik tgk kat bilik saya nampak mcm ada benda hitam terlekat kat dinding…Bila disuluh mmg betul suis terletak kat bilik ku dan bila dionkan terpasanglah semua yg ‘tertutup’ tadi. Lega……


Esok pagi selepas sarapan dgn nasi kerabu, dagang dan lemak kami menunggu waktu utk ke rumah prpm. Katanya jam 11 tapi sehingga jam 12.30 barulah kami dipanggil. Waa………kalau aku ke pasar CT Khatijah mesti dah lama habis shopping.


Aku cukup respect org2 Kelantan nie sbb majlisnya cukup simple. Sampai shj kami terus masuk rumah, acara nikah terus dimulakan dgn khutbah nikah yg hanya bbrp minit dan pernikahan pun diteruskan. Dgn sekali sebutan nikahnya sah, doa dan kami diminta utk mengambil makanan yg disediakan di dalam rumah. Sambil tu pengantin tu bergambar di pelamin yg dihias indah Cuma tiada bersanding. Tetamu pun tidak ramai hanay kaum keluarga pihak perempuan. Tidak seperti majlis2 perkahwinan yg kami hadiri ia terlalu simple seakan majlis kenduri doa sealamat shj.


Kendurinya yg simple ini memberi idea kpd suami utk dipraktikan apabila tiba masa anak2 kami pula kejinjang pelamin. (Anak teruna ku pulak nampak mcm dah berkenan kat org Kelate sbb katanya org2 Kelate come2 belaka)


Habis majlis jam 2 ++ kami bertolak ke Pasar CT Khatijah utk membeli belah. Kami hanya diberi masa 1 jam shj………mana aci, baru naik tangga dah nak dkt ½ jam belum algi membelek itu ini. Jadi aku hanya sempat membeli 5 pasang kain dan sedikit keropok.


Kami bertolak dr KB jam 3.45 ptg dan janji utk bertemu di Gua Musang utk solat dan makan malam. Nasib baik kami dibekalkan dgn nasi beriani oleh pihak perempuan. Jam 6.30 kami sampai dan terus solat. Kebeulan tergerak hatiku utk bertanya kpd kakitangan yg bertugas kot2 ternampaklah telukung SIL. Alhamdulillah ada rezki utk dia bila salah seorang pekerja tu telah menyimpan telekung yg ditemui terletak di dalam surau.. Terima kasih banyak2 pada pekerja yang amanah tu dan semuga ALLAH memberkati hidupnya dan dimurahkan rezki. AMIN.


Selepas solat maghrib kami meneruskan perjalanan. Gelapnya………..aku mmg tak suka jln malam tp nak buat mcm mana. Walaupun begitu kereta agak banyak di jalan raya dan sesekali terserempak dgn lori yg menyebabkan perjalanan agak tergendala. Jam 12 lebih kami singgah di Genting Sempah utk merehatkan badan dan minum malam.


Alahai dah bertahun rasanya aku tak makan pagi2 betul Dalam jaga2 makan tu pekena jugaklah the tarik, laksa dan sekeping roti baker. Ish2 hr ni je aku dah melanggar kebiasaan ku. Makan nasi 2 kali (dgn banyaknya), minum air batu bandung , limau ais dan the tarik dalam amsa sehari. Makan selepas jam 8.30 mlm…apa tah lagi jam 1 pagi………Tapi sesekali seronok juga walau yg pastinya ada yg naik 2”.


Setelah rehat 30-45 minit kami bertolak semula dan akhirnya sampai di Sepang jam 2.30pagi. Apa yg aku perasan ialah walau waktu menghampiri dini hari tapi kenderaan di jalan raya sentiasa sahaja ada tidak berhenti. Apa mereka nie tak pandai nak tidur ke….


Rehat sekejap dan tidur jam 3.15pagi , terjaga jam 6.45 am . Alahai dah nak habis subuh, nasib baik tak terlajak. Jam 8.00 selepas sarapan bertolak ke Kaj utk ambil Nasuha sebelum terus balik ke rumah. PENATNYA……….hanya ALLAH shj yg tahu. Lepas zuhur utk tdk menghampakan pula aku ke rumah bekas boss ku (merangkap kawan sekuliah suamiku (kedua2 suami isteri) menghadiri majlis perkahwinan anak mereka.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home