ape-ape aje

Manusia sering terlupa mengapa mereka dilahirkan. Kadang-kadang kita leka dgn kehidupan hingga terlupa dgn kematian. Kita merasakan kehidupan itu hak mutlak kita tanpa mengakui bahawa sebenarnya ia telah tertulis sejak azali lagi bagaimana kesudahannya. Maka ingatlah diri apa yang terjadi merupakan qada' dan qadar yg telah ditentukan.

Friday, June 19, 2009

Minggu yg Penat



Minggu kebelakangan nie aku sibuk sangat. Tiada maas nak merehatkan badan. Dari awal bulan Mei hinggalah kehujung bulan nie ada saja aktivitiku.



Mulanya aku ke Kelantan, balik dari Kelantan hari Ahad, hari Selasanya aku ke Pulai Spring Johor, gara2 nak melihat tempat utk buat family day. (Ntah bilalah nak buat, mula2nya akhir bulan Jun tp bila berlaku pertukaran pengurusan nampaknya kena tundalah pulak). Bertolak dr opis jam 8am dan samapi balik ke rumah jam 10mlm. Sempat singgah di Air Itam sekejap sebelum malam.

Esoknya ada meeting, lepas tu bos ajak lunch dgn auditor dan rakan sekerja mengajak melawat teman sepejabata yg baru bersalin selepas tu tapi aku penat sangat, tak larat rasanya. Aku terpaksa menolak walau rasa ralat sebab tak dpt melihat rakan ku yg baru mendapat tambahan keluarga.

Hari Jumaat tu aku cuti sebab majlis kahwin rumah kakak ipar, masak secara gotong royong, takkan aku tak balik awal pulak. Majlis kat rumah walau tertera di kad mula hari sabtu tapi hari Jumaat tu dah ada tetamu yg hadir terutama sebelah malam, ramai gitu.

Alahai ipar ku ini siap ada karaoke lagi. Hampir jam 1pg masih bergema lagu2 ntah apa, apa tah lagi 'penyanyi'nya macam, rasa sayang nak lepaskan pembesar suara. (penyanyinya 2 org je, dah veteran pulak tu, mungkin nak lepas gian kot)

Esoknya lagi penat, nasib baik pukul 4 dah tak ramai orang. Aku balik selepas maghrib dan rasanya.............PENATT giler.

Minggu selepas tu balik kampung menebas, lepas tu balik lagi sebab ada gathering keluarga dan minggu nie ada masa aku nak relax. Minggu depan pula dari hari Khamis aku dah sibuk...........kalahkan DRM pulak aku nie...huhu

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home