Hari Keluarga
Tahun ni Hari Keluarga diadakan di Pulai Spring, JB minggu pertama bulan Ogos yang lalu.
Memandangkan aku salah seorang ahli jawatankuasa sambutan hari keluarga tu, sepanjang minggu sebelum hari keluarga tu, kami AJK memang sibuk bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Hari Jumaat yg dinanti tiba dan aku mengambil cuti sebab malas nak terkocoh-kocoh balik (kami diberi pelepasan setengah hari). Selepas solat kami bertolak dari rumah, singgah sebentar di Pagoh untuk solat dan sampai di Pulai Spring beberapa minit sebelum solat maghrib.
Setelah check-in kami terus ke tingkat 2 untuk makan malam. Erm..suami complain sebab makannya tiada yang pedas semuanya macam makanan budak-budak je. Ialah yang order tu semua ada anak kecik jadi masing-masing dok fikir makanan untuk anak-anak.
Selepas makan aku singgah ditempat registration untuk melihat-lihat apa yang patut. Aduhai disebabkan H1Ni1 ni, ramai yang batalkan rancangan nak datang termasuk Gm dan juga AGM dan salah seorang ahli lembaga pengarah yang kata nak datang.
Maka jadilah tahun ni majlis hari keluarga yang hanya dihadiri oleh Pengerusi dan kakitangan tanpa seorang pun GM dan AGM. Ermm nasiblah.
Walau bagaimanapun program berjalan lancar lepas tu games bebas iaitu treasure hunt untuk dewasa/kanak2, movie utk kanak2 dan juga paintball utk ketua jabatan dan pegawai.
Malam tu diadakan makan malam dengan persembahan zapin oleh pelajar2 sekolah dari Johor, penyampaian utk pesara, anugerah anak cemerlang, sambutan hari jadi dan juga cabutan nombor bertuah. Makanan bolehlah tahan dgn menu paling popular laksa johor dan juga otak2 (ni idea aku).
majlis tamat jam 11 malam cuma aku terkilan sebab tak dapat rasa kek birthday (ish..aku kan penggemar kek), esok paginya baru aku teringat pasal kek tu.
Esok pagi2 selepas sarapan kami balik, singgah sebentar di air Hitam(beli buah cempedak, rambutan dan dragon fruit-murah2, disamping kerepek sampai anak complain sebab dah tak boleh nak isi lagi) dan juga Melaka (menghantar Nasihah). Singgah di Dengkil untuk makan tengahari dan sampai rumah sekitar jam 2 ptg.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik kami menempuhi jerebu dan lebuhraya pula dipenuhi dengan kereta2 dari Singapura. (Hari Isnin mereka bercuti sbb nasional day)

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home