Diari raya 3
Tiba2 je teringin nak pulang beraya di malam hari. Jeles juga tgk mereka yg mempunyai kg jauh pulang beraya di waktu malam.
Jadi selepas solat terawih lebih kurang jam 11 mlm, kami pun meninggalkan rumah. Siap kena ketawa lagi dgn jiran sebelah (yg juga kgnya hanya di KL) sbb balik malam2. Ish nak elak jamlah.
Ingatkan balik malam kereta tak banyak, banyak rupanya. Macam waktu siang sahaja walau jam telahpun menunjukkan lebih 11 malam. Suami membawa kereta dgn santai, alasan supaya kami sampai waktu dah nak bersahur........hahaha.........lawak je suami ku ini.
Jam 11.35mlm kami pun sampailah di depan rumah. Alahai, ngapalah kampung kita nie dekat je mama. Ish dekat2 pun kita kena jumpa 3 TOL tau. Nasib baik dekat, jadi tolnya cuma 1.10 + 0.50 + 1.00, tak sampai RM3 pun, kalau kg jauh mahu beratus RM kena belanja hanya untuk transport.
Sampai mak masih belum tidor, baru balik dari surau. Sempat lagi makan tu.
So aku masuk tido hampir jam 11mlm.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home