Aku menerima berita tu dgn rasa yg sangat gembira. Akhirnya........setelah begitu lama kami menunggu. Bukanlah maksudnya kami seronok apa yg berlaku pada dia tapi kami merasa lega akhirnya mereka yg terlibat diheret juga ke mahkamah. Tapi pernah ku katakan kepada seorang teman, teringin nak tgk keluar paper, mukanya dihadapan dgn tangan bergari. Nampaknya impian ku menjadi kenyataan.
Tidak boleh ku lupakan apa yg telah dia buat pada ku. Bagaimana nama ku dijaja kepada semua org yg tak berkenaan. Bagaimana dia menuduh ku memberikan maklumat kpd org2 tertentu hanya kerana dia percaya kpd kakaknya yg merupakan seorang bomoh. hah skrg mintalah tolong pd kakaknya tu........
Bagaimana dia mengatakan kami sebagai katak di bawah tempurung hanya kerana kami mengatakan 'tidak' kepada arahannya. Dia mengatakan kami tidak membuka minda dan memudahkan sesuatu perkara dan terlalu mengikut prosedur. Benda yg serupa diucapkan setiap kali mesyuarat apabila dia tidak berpuas hati dgn tindakan kami. Masa itu mmg memalukan apa tah lagi ia diucapkan dihadapan kakitangan jabatan yg lain. Hah sekarang..inilah akibatnya tidak mengikut peraturan.
Aku sangat berharap mereka yg telah menjeruskan kami kepada satu situasi yg amat2 tidak selesa mendapat pembalasan yg setimpal. Dan aku juga berharap tidak ada rakan2 ku yg menjadi 'kambing hitam' dan diheret sama gara2 "Kami yg menurut perintah"
Walau apapun aku agak terkilan kerana kalau perkara nie dibendung sejak pertama kali pihak2 berwajib dtg memeriksa pasti perkara ini tidak terjebak begitu jauh. Mereka dtg sejak tahun 2004, memeriksa itu dan ini, bertanya sana dan sini, akhirnya kes ditutup begitu sahaja kerana bagi mereka tiada apa2 yg pelik.....Aduh! Bagaimana ye mereka memeriksa. Bagaimana bila pihak swasta (yg mana kami terpaksa membayar mereka hingga berjuta RM) pula yg dapat membongkarnya. Bukankah maklumat yg diberi kpd swata sama saja dgn pihak berwajib. Apakah semasa itu ada tangan2 ghaib yg mereka takuti. Entahlah........inilah baru orang kata dah terantuk baru tengadah.
Sekarang ni pula bila terlampau ramai yg menyebuk, ramai tidak tahu yg kami terpaksa membayar berjuta RM kpd mereka hanya utk menyemak kehilangan berbilion RM.......wajarkah, sedangkan yg berbilion tu belum tentu boleh dapat semula.
Yang pasti disebabkan perkara ini banyak kerja yg terganggu, masa yg terbuang, RM yg hilang tak terkecuali pegawai2 yg stress, yg hilang mood utk bekerja, yg takut mereka akan dituduh sama bersubahat gara2 'yg menurut perintah'
Semuga ALLAH melindungi rakan2 ku yg 'terpaksa terlibat' atas arahan. kasihan mereka ni, mmg hidup mereka terganggu dgn perkara ini. Ya ALLAH lindungilah kami semua.
p/s Seorang sahabat terus ingin bersujud syukur bila mendapat tahu berita ini.......Dan aku juga pelik apabila melihat syarikat serta nama mereka yg terlibat dlm memeriksa dan menyemak perkara yg tak betul nie. Ish mereka ni pun mcm ada 'kena mengena' Jgn nnt suatu masa mereka nie pulak yg akan diperiksa apabila 'yg lain' pulak memerintah........ngapa ek sykt tu yg dipilh.....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home